untuk selalu mencuba,
menjadi terbaik bagimu
dan segalanya...."
- Lirik lagu Tak Pernah Menyerah nyanyian Dayang Nurfaizah.
Tak pernah sekalipun aku melewatkan rencana yang aku buat, tapi masih saja aku ketemui kegagalan. Apakah ini takdir? Apakah ini nasib?
Aku bertanya dan bertanya mengharapkan jawapan yang belum pasti. Aku bertanya dan terus bertanya apakah ini suatu rasa yang hanya aku yang mampu merasa? Aku lantas mencari jawapan dalam diam, tunduk dan tafakkur.
Dalam diam, ada suara-suara sengau yang berkata, "ini bukan bidang engkau", "engkau bukan dicipta untuk ini" dan yang lebih pahit, "engkau tak berbakat, teruskan hidup, cari bakat engkau". Ibarat suatu tamparan hebat yang menguis pipi ini, lembut tapi pedih. Lembutnya ibarat angin petang lalu tapi pedihnya ibarat terkena sambar api yang terus memadamkan angan dan cita yang bergelombang di dalam diri ini.
Tapi aku anggap itu semua tidak bererti. Bukan hendak lari daripada kebenaran hidup, tapi sebenarnya cuba untuk tidak mengambil pusing soal kata dan pandangan orang. Bakat aku, biarlah aku yang memekarkannya, kerana bakat dan anugerah tuhan itu hanya aku yang mampu memaknakannya.
Aku tak akan pernah menyerah berputus asa. Perkataan menyerah itu tak pernah wujud dalam kamus hidup aku. Jadi, tak perlulah engkau cuba sehabis daya untuk merendahkan aku. Assalammualaikum.
-azreensani, 18 Sept 2015, Mahallah Uthman
No comments:
Post a Comment