Saturday, August 22, 2015




GEMA PANTUN KASTURI - Di sinilah permulaan kami. 

Sebelum berceloteh lebih lanjut, kumpulan ini terdiri daripada aku, Azreen Sani, Sarah Suri dan Adzharye Johari. Bersatu buat kali pertama dalam dunia pantun memang membuatkan kami sedikit gelabah tapi cuba diselindungkan dengan gelak tawa dan gosip berpanjangan. 

Ini kisah aku bersama mereka. Alhamdulillah. Ini permulaan kami, walaupun kemungkinan titik tolak pengakhiran aku menceburi dunia pantun sebagai pemantun lagi. Mungkin zaman aku sudah berlalu untuk merasa nikmat berpantun, tapi Insyaallah minat berpantun itu tak akan pernah lekang dari sukma ini kerana di sinilah lahirnya sebuah cinta. Gittew.

Alhamdulillah. Nama kumpulan yang dicipta oleh aku. Spontan. Melalut. Tapi syukur kumpulan pantun ini berjaya menggegarkan arena pantun semalam. Menggegarkan, mungkin itu perkataan yang sesuai untuk dirungkaikan.

Mana tidaknya menggegarkan, selaku pemegang takhta gelaran "pemenang emas", kami berdiri di atas tapak kaki kami sendiri dengan rasa tak percaya dan sedikit pun tidak berlinang air mata kerana terkedu, kami terus melangkah gagah menyambut mahkota yang dipakaikan. 

Gelak kami dalam pantun. Carutan kami pun dalam pantun. Mungkin pantun sudah sebati dalam diri kami. Kalaulah sebati itu perkataan yang paling sesuai untuk dimaknakan, Walaupun kami ini masih dalam proses belajar, tapi berkat usaha, mungkin dan restu Ilahi kami berjaya memaksudkan cita dan impian kami dalam pantun. 


Aku akhiri entri ini dengan trivia pantun pengenalan kumpulan:

kalau ada rezeki kita
Insyaallah.... pasti juara gelarannya

Kalau ada jodoh berteman
Insyaallah.... bertemu di kebangsaan

Kalau terkubur pantun tinggalan
Insyaallah.... kamilah penyambung warisan

Adzharye Johari 
Sarah Suri
Azreen Sani

Datang kami bukan sebarang
Mengharap tuah menggapai impian
Jejak bestari pantun dikarang
Dengan bismillah, ayuh mulakan


Terima kasih semua kerana sudi membaca semadah dua ungkapan rasa pantun aku. 

Gema Pantun Kasturi - 22 Ogos 2015 - Jusco AU2 Setiawangsa - Pertandingan Pantun Berirama

No comments:

Post a Comment