"Hinggap tekukur di atas dahan
Tika terbit sang pelangi
Salam syukur kami hulurkan
Buat Tan Sri yang disayangi
Bertali bayu angin berhembus
Tenanglah rasa menyapa sukma
Pesan keramat ingatan tulus
Kepada budaya, budi dan agama
Merak menggigal lama sepetang
Selagi bulan belum mengambang
Pesanmu bakal sentiasa dikenang
Selagi hayat masihlah panjang"
Dengan rangkaian pantun di atas, berakhirlah tugas dan amanah yang dipikul dalam program The Colours of Life baru-baru ini. Rangkaian pantun ini banyak mengajar aku apa itu erti persediaan dan penerimaan.
Riuh di atas pohon
Tekukur ikut mengajuk
Gundah dalam pantun
Sesal mengikut telunjuk
Ya, memang aku sebenarnya takut pada malam itu, Entah apa yang membuatkan aku rasa sebegitu. Tapi yang aku tahu, aku takut. Aku menghafal. Tanpa perlu menunggu lama, hafalan itu lenyap pergi dengan sang pemonolog dan sebagainya. Erm. Akhirnya, bidang pantun yang telah aku ceburi sejak sedekad lalu berakhir dengan suatu kenangan pahit yang tak mungkin aku dapat lupakan.
Ceritanya ialah AKU LUPA RANGKAP PANTUN. Haha. Habis sahaja aku ucapkan pantun tak lengkap yang dibuat spontan sewaktu persembahan itu, aku bingung hendak tuju ke arah mana. Kalau keluar dewan, nampak sangat aku lari daripada kesilapan. Tapi bila aku buat keputusan untuk tunggu sahaja di dalam dewan sehingga acara terakhir pada malam itu, aku malu dan tak tahu nak letak muka di mana. Orang semua mengenali aku dengan kehebatan aku berpantun, walaupun sesetengah orang lain masih meragui kehebatan aku. Cewaah. Haha.
Sebelum aku bersurai pulang, ramai orang mengajukan soalan kepada aku, "apa jadi dekat kau tadi?", "kau dah kenapa? Lupa ke?", "kau buat gimik ke tadi? Serius hebat. Tan Sri siap tepuk tangan kot". Aku diam senyum sengih mendengar setiap kata-kata orang. Waktu itu, memang merah gila muka aku. Tak tahu nak describe feeling aku macam mana. Aku mengeluh panjang. Keluhan yang kebanyakan orang tak tahu apakah puncanya. Tapi aku terus kuat dan sabar mengharungi setiap detik carutan berkias pujian itu. Alhamdulillah, aku masih hidup hari ini.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment