Azreen Sani - Pelajar Ijazah Jurusan Psikologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(Instagram bukan cerminan kisah sebenar seseorang)
Pernah tak tengok ada orang post gambar makanan setiap hari setiap detik yang ada untuk makan di ruang IG mereka dengan seronoknya?
Pernah tak tengok ada orang post gambar dia pre-photoshoot dan post-photoshoot dekat set penggambaran walaupun bergambar untuk iklan maggi?
Bila kamu semua melihat gambar-gambar ini, apa yang datang di kepala otak korang?
Stress?
Inferior?
Thought-demobilization?
Unstabalized mood?
Immobilization?
Lack of social engagement?
Narcisstict?
Pessimism?
Contoh-contoh perasaan yang di-contoh-kan di atas merupakan satu petunjuk bahawa kita sebenarnya tengah membandingkan diri kita dengan orang lain. Kenapa aku cakap begitu?
Lihat! Orang post gambar pergi honeymoon, kau yang terasa hati sebab apa kau dah 40 tahun kahwin tak pernah bawa isteri jalan-jalan kalau tak pun "honeymoon". Kononnya nak kumpul duit, sampai mati mereput pun duit takkan oernah cukup untuk kita.
Lihat! Orang post gambar posing meletop dekat set penggambaran, kau mengumpat maki hamun dia bagai nak rak sebab kau cemburu buta kau tak pernah dapat job jadi model. Yang sebenarnya, kau tak pernah nak make a move untuk pergi audition ke interview ke untuk job model tu sebab kau terlalu memilih job yang hebat 5 star. Adik, orang semua bermula dengan ZERO. Jadi samalah untuk adik pun,
Aku pernah dengar seorang hamba Allah ini mengata dekat kawan dia, "tak payah la nk upload gambar artis berangan kalau artis tu suam-suam kuku dan sendu je". Wow. ayat dia menusuk kalbu betul. Well, semua orang ada pandangan dia sendiri. Sama ada pandangan dia tu sama dengan kita atau langsung tak sama dengan kita. Kau tak perlulah nak NAIK ANGIN sangat. Nama pun ruang IG, semua orang ada access kepada account kau. Kalau kau approve dia as follower, so kau kena la bear with whatever thought that he or she might have towards your posts/pictures.
Selalunya apa yang kita rasa dan nampak tak sama dengan apa yang dialami oleh orang lain. Kadang-kadang post yang di-upload dekat IG tu hanyalah utk menggembirakan hati mereka. Jadi, jangan la semudah itu korang menghakimi orang-orang yang kerap kali update IG. Fahami mereka, aku terutamanya. Haha.
Kita semua tak sempurna! Tapi kita boleh mencari sesuatu atau platform untuk menyampaikan apa yang hati kita ingin sampaikan! Chaiyok!
No comments:
Post a Comment