Wednesday, August 12, 2015

Adakah aku terlalu kasar?

Kasar itu subjektif.
Pada engkau kasar itu seperti besi karat
Walaupun berulang kali ditimpa hujan
Karatnya tak pernah hilang
Lagi berkarat mungkin.

Tapi pada aku mungkin berbeza
Kasar seakan lidahmu yang bercabang sepuluh
Tutur manismu mahukan pelbagai benda
Sedangkan berselindung di balik angkara
Angkara dusta dan alasan yang tak pernah bernas.

Semudah itu engkau datang
dan semudah itu engkau pergi
tanpa khabar dan berita
hanya meninggalkan teka-teki untuk dibaca
Engkau ingat aku ini penilik nasib?
Nasib engkau sudah tiada
maksudku tiada daripada pandanganku.
Bolehlah aku bernafas buat seketika.
Sempatlah aku bersangka seperti biasa.

No comments:

Post a Comment