Tuesday, August 11, 2015

What a Life Without Proper Preparation

Ini cerita presentation untuk salah satu subjek aku. Aku memang jenis orang yang suka akan presentation. Sebab pada waktu ni aku boleh tunjuk keupayaan dan berkongsi ilmu sesama rakan.

Orang selalu cakap, "ala presentation kelas je pun, tak perlulah nk prepare over sgt". Yes. Memang presentation kelas je. tapi bukan kau yang bagi aku markah tapi lecturer.

Aku perlu bagi 100% sewaktu presentation sebab ini melibatkan markah untuk subjek aku. Aku boleh force dan boleh suruh ahli kumpulan untuk improve on their part, tapi sejauh mana penerimaan mereka bukan masalah aku. Kalau orang ada niat nak majukan diri sendiri, dia akan tahu apa next step untuk buat dan bukannya duduk kaku diam membatu. Itu namanya bodoh sombong.

Waktu presentation ni la kita nak tunjukkan dekat semua orang apa usaha kita dan sejauh mana kita faham tajuk yang kita present. Tapi bak kata orang yang lebih senior, "ala kau student, kau present pun dekat student, kau ingat student tu semua nak dengar apa kau cakap, entah betul entah tidak". OMG. Kalau inilah budaya kita semasa belajar, erm. tak tahu la abang nak cakap apa.

Sepatutnya sebagai rakan sekelas, kita perlu memberi dan menaruh kepercayaan yang bukan calang-calang kepada para presentasi. Kenapa? Motif lah sangat mereka ni nak main lintang-pukang present tanpa research yang betul, padat dan efisien. Tak nak markah ke adik-adik? Sebab itu la kalau orang dh buat yang terbaik, kita ni sokonglah. Kalau tidak dengan anggukan, sekurang-kurangnya dengan senyuman pun dah cukup membahagiakan mereka. Tak gittew?

Haa. Sebelum saya akhiri entri kali ni, Your presentation shows how confident you are in your particular area. TQSM

No comments:

Post a Comment