Tarikh 10 November 2015 sungguh keramat kalau aku diberi peluang untuk mengungkapkannya. Tarikh itu banyak mengajar aku menjadi seorang yang lebih sistematik (memang kebetulan aku ni jenis tak berapa percayakan orang), tetapi Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, Allah hadirkan dalam hidup aku senior-senior pantun yang banyak sangat membantu dalam membentuk peribadi aku. Terima kasih abg raz, abg fi, kak malin, kak dee, abg zam, iman, wawan, asrul, kak nora, abg nizam dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung sebab sudi datang dan memeriahkan Pesta Pantun yang dianjurkan.
Hendak dapat Royal Award waktu Convocation next year memang dah terlambat la. Tapi biarlah aku akhiri semester aku ini dengan pencapaian menganjurkan PPPA 2015. Pencapaian yang aku rasa telah banyak mengajar aku erti hidup dan meluaskan networking persahabatan (Okay bunyi poyo sikit).
Antara impian aku untuk semester terakhir ini terlaksana juga dengan bantuan daripada rakan seperjuangan (Firdaus Johari, Nuratiq Moyaz dan Atin Qyla) dan bantuan berbentuk sumbangan daripada semua alumni pemantun UIAM daripada tahun 2000-2015. Ya, jarak 15 tahun itu bukanlah penghalang buat kami bersua kembali dalam Pesta Pantun Piala Alumni 2015 yang dianjurkan oleh Kelab Puisi, UIAM, CiTRA.
Sekilas pandang daripada hati yang terhiris:
Pertamanya, secara jujur,, aku memang kekwat. Aku memang nak semua benda dalam kawalan aku supaya aku tahu benda dah siap ataupun tidak. Tapi sesungguhnya aku memang satu badan sahaja dan tak mampu nak buat segala-galanya seorang diri
Yang kedua, dalam kegembiraan yang sudi bertamu dalam hati, fikiran aku agak terganggu sedikit dengan beberapa orang atasan yang tak berapa positif fikirannya. Ini bukan luahan, tapi sekadar pandangan. Kalau ada ahli kelab yang nak buat program, berilah sokongan. Tak kesahlah dah final year ke ataupun dah ketandusan junior ke, berilah sokongan. Itulah fungsi orang atasan kepada sesuatu organisasi. Sedih bila dengar orang cakap-cakap benda begini. Rasa macam usaha kita tak dihargai. Tak minta pun duit, tak minta pun beri sumbangan, cuma minta beri sokongan. ITU SAHAJA. Satu lagi yang menghambat kekecewaan dalam diri aku ni bila sedar tak semua ahli kelab ni betul-betul menjadi ahli kelab. Program tak datang. Minta bantuan jadi krew apatah lagi. Batang hidung pun tak nampak, Yang paling menyedihkan, hantar whatsap, post announcement dekat whatsap group takda sorang pun yang balas daripada 70++ ahli kelab. Terima kasih banyak-banyak. Balik-balik mainboard kelab jugak kena turun padang datang tengok. Terima kasih dekat korang yang sudi datang walaupun tahu program aku ni tak melibatkan korang pun.


















No comments:
Post a Comment