Tuesday, October 20, 2015

21 Oktober: Kenapa?

Aku didesak dengan pelbagai soalan:

- Kenapa aku seolah-olah pretending bila bercakap dengan si dia?
- Kenapa aku tak menjadi diri aku bila sembang berdua dengan dia?
- Kenapa aku tak boleh treat dia sama dengan orang lain?

Kenapa dan kenapa? Kalaulah itu persoalannya. Semua ini sebab:

- Aku amat sayangkan engkau
- Aku tak sanggup nak permainkan hati dan perasaan kau
- Aku ikhlas nak jadikan engkau halal untuk aku
- Aku anggap kau adalah seorang yang sangat istimewa

Atas semua sebab ni, aku TAKKAN mungkin melawak seperti mana aku berlawak dengan orang lain, aku TAKKAN mungkin menjadi diri aku yang "lagha" seperti mana aku selalu suka lepak malam, sembang kosong, dan sebagainya yang mana engkau takkan menyukai aku yang sebegitu dan aku TAKKAN mungkin treat kau sama dengan orang lain kerana aku tahu engkau TAK PERNAH SAMA dengan orang lain.

"Ya Allah, kalaulah ini dugaan yang engkau cuba uji aku, lepaskanlah aku daripada kemelut ini. Aku amat menyayangi dirinya, Ya Allah, peliharalah hubungan kami yang masih belum halal ini, Amin"

No comments:

Post a Comment